Tutorial 2: Pemilihan Nama Blog Anda

Untuk tutorial ini, anda perlu masuk ke akaun gmail yang anda baru reka d tutorial pertama.

Ini rasanya ramai yang kurang faham dan tak tahu. Untuk memilih nama blog, sebaik-baiknya adalah pilih nama yang berkaitan dengan perkara yang anda ingin sampaikan di dalam blog. Untuk menarik minat orang datang ke dalam blog kita, kita perlu bantu mereka menyelesaikan masalah mereka. Oleh yang demikian, kita perlu membuat blog berdasarkan apa yang kita tahu dan minat. Sebagai contoh, anda minat mengumpul duit syiling, ramai yang silap dengan hanya berkongsi koleksi yang mereka ada. Sepatutnya, perlu berkongsi gambar dan informasi yang dicari oleh orang ramai berkenaan dengan syiling-syiling terbabit. Anda mungkin boleh menceritakan dimana anda mendapat syiling tersebut, berapa harga beli, harga pasaran sekarang berapa nilainya, berat syiling, diameter syiling dan sebagainya untuk memberi lebih impak kepada penulisan kita. Menulis blog adalah berdasarkan idea berkongsi maklumat kepada orang ramai bukan setakat berkongsi koleksi. Saya sendiri pun silap memilih nama lunaticg sebagai url dan nama blog saya, jangan tiru saya, saya akan terangkan kenapa kemudian.



Untuk mencari nama yang baik di dalam blogspot, anda perlu mencari nama yang orang selalu cari didalam search engine (Google) serta URL yang masih belum digunakan orang. Sebelum mencari URL Address tersebut, kita membuat beberapa kata kunci yang berkaitan dengan apa yang kita nak tulis di dalam blog kita sebab tak semestinya Alamat URL itu masih wujud. 

Contoh:
Kata kunci utama: Coin, Duit, Syiling
kata kunci kedua: Info, Harga, photo, Malaysia, beli, jual,

Nama URLyang mungkin:
infoduit.blogspot.com
infocoin.blogspot.com
infosyiling.blogspot.com
photoduit.blogspot.com
photocoin.blogspot.com

Ini hanya contoh dan anda mungkin ada idea untuk kata kunci anda sendiri. Sila buat catatan anda sendiri berdasarkan kata kunci utama dan kedua anda sendiri. Kata kunci itu perlu berdasarkan kepada apa blog anda nanti dan sila tumpukan kepada sesuatu perkara sahaja. Jikalau boleh, jangan buat tiga patah perkataan, dua patah dah cukup, satu perkataan sahaja adalah yang terbaik (susah nak dapat). Perlu di ingat, anda ingin membuat blog didalam Bahasa English, jadi perkataan juga perlu dalam english.


Tutorial kedua: Cari nama URL untuk blog anda:
(Ingat!  Anda perlu masuk ke akaun gmail yang anda baru reka di tutorial pertama).
Dah dapat kata kunci yang anda rasa patut anda guna? Anda boleh mula daftar di http://blogger.com. dia akan tanya anda untuk "create a new blog" selepas daftar. Taipkan  nama URL yang mungkin (tanpa blogspot) ke dalam ruangan address/alamat (bukan ruang title/tajuk blog). Jika blog URL tu dah ada pemiliknya, akan keluar tanda (!), Sorry, this blog address not available.


Terpulang kepada anda nak register terus atau tak tapi saya nak anda komen disini dan senaraikan seberapa banyak url address yang anda jumpa (minima 5). Saya akan pilihkan untuk anda blog address yang sesuai dan terangkan kenapa.

Subscribe to receive free email updates:

16 Responses to "Tutorial 2: Pemilihan Nama Blog Anda"

  1. ok
    baru nak mula ni....

    Title : numismatic collection and information
    Address : albumnumis@blogspot.com

    mintak tunjuk ajar... tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah komen kat sini rupanya....

      sepatutnya begini:
      albumnumis.blogspot.com....

      Kena cari 4 lagi URL dan beritahu saya anda ingin buat blog berkenaan apa, apa isi kandungan blog anda.

      Delete
  2. Kepada yang lain.., sila beritahu kalau tak faham di dalam blog ini. Kerja tutorial kena buat, kalau tidak saya remove.

    tutorial seterusnya saya tangguh sehingga anda semua selesai tutorial kedua ini.

    ReplyDelete
  3. owh... ok...
    depa cari link nak masuk balik kat blog tuturial ni tak jumpak kut...
    albumnumis.blogspot tu sy dah test publish satu post huhu...
    hantam keromo..

    ReplyDelete
  4. saya cadang nak blog tentang coincard dan hobi numismatik ok ke? ke dah ramai buat...

    ReplyDelete
  5. Kalau blog itu cerita coin card sahaja...,
    cuba coincard.blogspot

    Kalau benda lain ada juga dalam blog tu, cuba pusing-pusingkan kata kunci tu.

    Tak perlu post apa-apa dulu. Cari URL address cukup bagi lima sahaja dulu. lepas tu senaraikan dan komen kat sini.

    ReplyDelete
  6. Tengok juga..., nanti kalau terlampau spesifik sgt, terlalu kurang pulak peluang nak buat post. Takpe..., cari url dulu.

    ReplyDelete
  7. 1. coincard.blogspot
    2. peti-duit.blogspot
    3. infonumis.blogspot
    4. album-duit.blogspot
    5. album-numis.blogspot
    6. money-album.blogspot
    7. nordic-gold.blogspot
    8. coinbanknotes.blogspot
    9. koleksi-coinnotes.blogspot
    10. coinnotes-collection.blogspot

    ReplyDelete
  8. Lebih baik edy.othman guna url coincard, sebab belum ada yang buat lagi, senang nak menang SEO (Search Engine Optimization) dan SERP (Search Engine Result Page). Walaupun search "coin card" di Google agak low tapi kurang persaingan akan membantu blog anda cepat naik.

    Dalam tu boleh cerita pasal coin card Malaysia dan juga coin card antrabangsa yang baru keluar. Ada banyak juga isu pasal coin card ni kalau buat kajian betul-betul. Bagi info spesifikasi, bila dikeluarkan, harga keluaran dan harga semasa.

    ReplyDelete
  9. Yang lain-lain.., tolong siapkan tugasan anda. Saya akan publish, post baru kalau yang lain dah selesaikan tugasan.

    ReplyDelete
  10. terbaik!
    aku ucapkan tahniah pada ADMIN
    dah pandai nanti aku nak bagi coincard FREE kat ADMIN
    ikhlas

    ReplyDelete
  11. Tak perlu nak bagi apa-apa, saya ajar ikhlas secara percuma.
    Saya ajar anda semua, supaya saya boleh tahu macamana nak buat tutorial untuk buat blog yang boleh buat orang faham. Sebab itu saya lebih suka anda semua bertanya. Jadi saya boleh tahu kalau anda tak faham.

    ReplyDelete
  12. macamana nak tahu kalau ada update kat tuturial ni... x ada emel notification ke kalau ada new post ke.. tadi pun sy baru teringat apa perkembangan tutorial ni... baru masuk sini balik

    ReplyDelete
  13. Sepatutnya kalau dah sampai part social media, akan dapat notifications kat Facebook guna networked blog.

    Yang lain-lain tak buat pun tutorial, mungkin saya kena remove lagi dua ni, tinggal bro edy seorang. Jangan lupa register coincard.blogspot tu kat blogger.

    benda free, ramai yang bersemangat masa mula-mula jer. Saya tak dapat nak ajar kalau korang semua tak buat tutorial.

    ReplyDelete
  14. bro edy.....
    Blog coincard.blogspot itu saya dah ambik. Nanti saya setupkan dan saya buatkan post pertama sebagai panduan kepada bro edy nak buat post tu macamna.

    Blog ini saya tutup yer.... bro edy bleh contact saya utk btanya soalan.

    ReplyDelete