Tahniah Kepada semua readers

Tahniah kepada semua readers yang dipilih untuk menjadi peserta di dalam blog ini. Jika anda lihat, blog ini hanya menggunakan template biasa sahaja. Saya akan mengajar anda, bagaimana membuat blogspot anda menjadi cantik seperti lunaticg.blogspot.com dengan menggunakan blog ini sebagai medium. Blog ini tidak dibuka kepada semua kerana lebih mudah untuk memberi tunjuk ajar kepada sedikit orang daripada ramai orang. Anda boleh bertanya apa yang anda tidak faham di dalam ruangan komen dan saya akan mengajar anda membuat blog, step by step, supaya anda faham bagaimana cara membuat blog yang betul. Saya bukan sahaja mengajar anda macamana untuk membuat template, tetapi juga bagaimana untuk membuat SEO, SERP, Backlink, Social Media dan juga cara untuk menaikkan Pagerank Blog anda. Jika tak faham dengan tutorial saya, JANGAN MALU BERTANYA.

tahniah



Satu post sehari
Saya akan cuba untuk mengajar anda satu post sehari dan semua tunjuk ajar ini akan memakan masa lebih kurang 100 hari. Bergantung kepada bagaimana anda faham tentang apa yang saya sampaikan. Jika semua orang cepat faham, maka lebih cepatlah anda akan belajar dan mendapat ilmu dari saya. Ilmu yang saya beri adalah percuma, cuma saya minta, janganlah dikongsi kepada orang lain, sebab saya akan membuka blog ini kepada umum selepas anda semua tamat belajar blog dengan saya.

Anda akan memulakannya dengan blog yang baru
Belajar buat blog, anda perlu memulakan dengan blog yang baru. Anda akan tahu kenapa setelah anda tamat belajar membuat blog dengan saya. Blog juga perlulah berbahasa Inggeris kerana anda hendak mendapat pendapatan melalui iklan daripada blog. Anda tidak akan pergi ke mana-mana jika anda menggunakan blog Bahasa Melayu kecuali anda mempunyai kewangan dan marketing strategi yang kukuh.Untuk makluman, blog disini yang saya maksudkan ialah blogspot.


Langkah pertama: Buat Akaun gmail yang baru
Sila buat satu Akaun gmail yang baru (perlu gunakan nama penuh semasa mendaftar, nombor telefon betul dan tarikh lahir yang betul)  dan komen di sini dengan alamat email tersebut. Boleh pergi ke sini untuk daftar: http://gmail.com. Saya akan delete alamat email yang anda mula-mula masuk tadi dan tukar dengan alamat email yang baru (kira kita start dari A). Sila register menggunakan browser (firefox, chrome, Internet Explorer etc) yang lain, nanti dapat masuk akaun email anda pulak kalau guna akaun gmail. 

Sila Komen:
Berikan
Alamat email yang lama:
Alamat email yang baru:

Subscribe to receive free email updates:

8 Responses to "Tahniah Kepada semua readers"

  1. Alamat email yang lama: skreen.plasma@gmail.com
    Alamat email yang baru: goldsilvertray@gmail.com

    ReplyDelete
  2. new: help.to.retire@gmail.com
    old: qskaya@gmail.com

    ReplyDelete
  3. baharu : misternumis@gmail.com
    dahulu : edy.othman@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Ada tiga sahaja?
    Saya beri masa sehingga Khamis untuk buat ini. Jika tiada juga, yang lain saya akan remove.

    Nak buat blog, baca sahaja tak boleh belajar, tak dapat apa. Ini bahagian senang sahaja, buat akaun email baru, ada lagi susah yang akan menyusul.

    ReplyDelete
  5. murid-murid lain rumah banjir kut..
    x dapat datang kelas... huhu

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha.... Banjir tang lain tu.
    Yang ini senang jer, belum lagi yang susah. Takpe.., pelan2....

    ReplyDelete
  7. skreenkaler dan kay mustaffa.
    Sila buat tugasan kedua.

    ReplyDelete
  8. mana rakan-rakan sekelas semua ni...

    ReplyDelete